Perkhidmatan yang tersedia di NH Laundry untuk para pelanggan ialah :
Mencuci Pakaian Biasa (Cucian Biasa)
Cucian Kering (Dry-clean)
Mencuci Karpet/Permaidani & Perabot (seperti sofa dan kelengkapan pejabat)
NH Laundry juga menerima Pesanan Kerajaan (LPO) untuk Perkhidmatan Mencuci seperti langsir, alas meja, perabot, sofa, karpet dan sebagainya.
NH Laundry juga menerima pembayaran melalui Kad Kredit (Visa/Master/Amex).
Disamping itu juga, NH Laundry ada membekalkan produk pencuci seperti pencuci pakaian cecair (liquid detergent), sabun pencuci serbuk (powder detergent), pelembut pakaian (softener), peluntur (bleach) dan produk-produk lain seperti pencuci pinggan mangkuk dan rangkaian produk untuk mencuci kereta.
nhlaundrysandakan
Jumaat, 7 Oktober 2011
Selamat Datang ke blog NH Laundry Sandakan
NH Laundry Sandakan telah mula beroperasi pada bulan April 2008 di premis pertama kami Lot 30, Blok D, Bandar Utama, Sandakan. NH Laundry merupakan dobi milik bumiputera yang pertama beroperasi di Sandakan pada masa itu dan yang pertama seumpamanya menawarkan khidmat cucian/dobi kepada pelanggan mengikut harga timbangan per kilogram pakaian yang dicuci.
NH Laundry kemudiannya telah berpindah ke Lot 78, Blok C5, Bandar Utama, Sandakan (hanya terletak dibelakang premis sebelumnya) kerana kontrak penyewaan selama 2 tahun yang ditandatangani telah tamat dan tuan punya premis tidak berminat untuk meneruskan kontrak. Maka dengan itu, NH Laundry pun berpindah ke premis baru yang terletak berhampiran.
Untuk mengembangkan dan meluaskan lagi pasaran dan pelanggan, NH Laundry telah berpindah ke premis yang lebih sesuai dan luas untuk menampung kapasiti mesin dan peralatan serta cucian yang semakin bertambah. Oleh itu, dengan rasminya NH Laundry telah berpindah sekali lagi di Lot 5, Lorong Letat Jaya 6, Bandar Letat Jaya, Sandakan.

Langgan:
Catatan (Atom)