Jumaat, 7 Oktober 2011

Selamat Datang ke blog NH Laundry Sandakan

NH Laundry Sandakan telah mula beroperasi pada bulan April 2008 di premis pertama kami Lot 30, Blok D, Bandar Utama, Sandakan. NH Laundry merupakan dobi milik bumiputera yang pertama beroperasi di Sandakan pada masa itu dan yang pertama seumpamanya menawarkan khidmat cucian/dobi kepada pelanggan mengikut harga timbangan per kilogram pakaian yang dicuci.

NH Laundry kemudiannya telah berpindah ke Lot 78, Blok C5, Bandar Utama, Sandakan (hanya terletak dibelakang premis sebelumnya) kerana kontrak penyewaan selama 2 tahun yang ditandatangani telah tamat dan tuan punya premis tidak berminat untuk meneruskan kontrak. Maka dengan itu, NH Laundry pun berpindah ke premis baru yang terletak berhampiran.

Untuk mengembangkan dan meluaskan lagi pasaran dan pelanggan, NH Laundry telah berpindah ke premis yang lebih sesuai dan luas untuk menampung kapasiti mesin dan peralatan serta cucian yang semakin bertambah. Oleh itu, dengan rasminya NH Laundry telah berpindah sekali lagi di Lot 5, Lorong Letat Jaya 6, Bandar Letat Jaya, Sandakan.

1 ulasan: